Tuesday, 25 October 2011

Dokumen Standard Prestasi


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak, mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



PENDAHULUAN


Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.








MATLAMAT KURIKULUM
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya  di dunia dan akhirat.

OBJEKTIF KURIKULUM
Murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam berkebolehan;
  i.     Membaca surah-surah terpilih daripada al Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;
ii.     Menghafaz surah-surah terpilih daripada al Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii.     Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
iv.     Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
v.     Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;
vi.     Memahami dan mengamalkan asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardu ‘ain dan fardu kifayah ;
vii.     Memahami dan mengambil iktibar daripada  sirah Rasulullah s.a.w. serta menghayati dan mengamal sunnah baginda;
viii.     Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
ix.     Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.




TAFSIRAN
o   Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara heirarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o   Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o   Standard Prestasi  ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan  atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu dengan lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkaikata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o   Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard        di mana kuaiti boleh ditaksir dan dicapai.
o   Evidens

0 comments:

Post a Comment