Wednesday, 19 October 2011

Motivasi:. Upin & Ipin 12 - Kisah & Tauladan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang luangkan masa melawat ke Blog Zaharah ni.

Hari ini saya ingin bercerita berkenaan tentang memberikan nasihat kepada orang lain. Berdasarkan video animasi di atas dapatlah saya simpulkan bahawa setiap dari kita ini tidak terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
Sudah menjadi lumrah manusia itu adalah mudah lupa. Serta iman kita juga tidak tetap, terkadang itu kita alpa dengan kegiatan harian kita.

Oleh yang demikian, kita perlulah mempunyai kawan-kawan yang dapat memberikan kita nasihat, panduan dan teguran apabila kita tersimpang jauh daripada matlamat asal kita.Begitu juga sebaliknya, sekiranya kita dapati ada kawan kita yang melakukan kesilapan, janganlah kita biarkan dianya hanyut. Berikanlah dia teguran, nasihat supaya kita sama-sama berada pada jalan yang baik.

Buat baiklah dengan memberikan peringatan kepada orang lain. Mudah-mudahan kita juga akan menerima kebaikan juga. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment