Sunday, 30 October 2011

ABSTRAK



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA KEPADA PENSYARAH DAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN. SEBAGAIMANA MERUJUK KEPADA TUGASAN 1C -MEMBINA BLOG P&P-, SAYA TELAH MEMILIH SATU TAJUK P&P UNTUK BLOG SAYA YANG BERTAJUK LITERASI AL-QURAN ATAU DENGAN PERKATAAN LAIN PEMULIHAN BACAAN IQRA' BAGI MURID-MURID YANG BELUM MELEPASI IQRA' 1-3.

DI SINI, SEBELUM ANDA SEMUA MELAYARI DENGAN LEBIH JAUH BLOG SAYA, INGIN SAYA SELITKAN SEDIKIT SANTAPAN HALWA TELINGA BERKAITAN DENGAN TAJUK P&P BLOG SAYA. SAMA-SAMA KITA RENUNGI, DENGARI, HAYATI ... NASYID TENTANG KEBESARAN AL-QURAN DAN NAMA-NAMA SURAH AL-QURAN. WALLAHU A'LAM.

Hayatilah..

KEBESARAN AL-QURAN

AL-QURAN PANDUAN PENUNJUK JALAN,
SUNNAH RASUL PENERANG KEGELAPAN
UNTUK KITA SAMPAI KEPADA ALLAH

AL-QURAN BOLEH MENENANGKAN HATI
DAN MELAPANGKAN JIWA
ELOK DIBACA DENGAN ADABNYA
DAN DIFAHAMI
JIKA TIDAK BUKAN SAJA TIDAK DAPAT PAHALA
BERDOSA PULA

BILA AL-QURAN MEKAR DI HATI
DAN SUNNAHNYA MENGAWAL PERIBADI
PASTI HIDUP KAN DIRAHMATI
DI DUNIA DAN AKHIRAT

AL-QURAN MENGANDUNGI HIKMAH
DENGAN KEBERKATANNYA
SUNNAH RASUL JADI IKUTAN
JADI AMALAN DALAM KEHIDUPAN
TENANG JIWA HIDUP BAHAGIA
ITULAH JAMINANNYA

AL-QURAN PANDUAN PENUNJUK JALAN,
SUNNAH RASUL PENERANG KEGELAPAN
UNTUK KITA SAMPAI
KEPADA ALLAH

0 comments:

Post a Comment