Thursday, 27 October 2011


PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU BELAJAR KEM LITERASI AL-QURAN

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  1. Hilangkan imej sebagai seorang guru tetapi bersikap seperti rakan dan tidak menunjukkan imej garang.
  2. Tidak memaksa murid membaca
  3. Letakkan diri seorang guru kepada murid dengan menggunakan inovasi sendiri, memahami situasi dan menarik minat murid.
  4. Gunakan simbol-simbol yang menyerupai bunyi huruf yang hendak diajar.
  5. Gunakan nyanyian sebagai sebahagian subjek pengajaran.
  6. Gunakan isyarat jari dan tangan untuk menunjukkan bacaan panjang di atas / di hadapan / di bawah.
  7. Gunakan isyarat supaya murid boleh mengingati bunyi huruf-huruf yang sukar.
  8. Memberi ganjaran dan galakkan jika perlu.
  9. Mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya menarik dan berkesan.












LANGKAH
BUKU
LANGKAH PERLAKSANAAN
BAHAN
1
IQRA
1 -3
  1. Huruf berbaris satu di atas, di bawah dan di hadapan sebagai set induksi.
  2. Latihan nasyid (Baca Panjang – Pendek).
Lihat carta, nasyid menggunakan irama “ikan kekek”.
  1. Kaedah ini hendaklah dipraktikkan secara kelas, kumpulan dan individu.
  2. Guru memberi  isyarat pangkah (x) dengan menggunakan tangan (di larang baca panjang).
  3. Pamerkan kad imbasan untuk bacaan kelas dan kumpulan.
  4. Edarkan untuk bacaan individu sebagai pengukuhan.
  5. Guru memberi  isyarat seperti :
Sotong  - ص
Doremon – ض
Tomato – ط
Zohor – ظ
  1. Guru hanya membetulkan sebutan huruf yang salah sahaja tanpa mengulang kalimah tersebut sebagai contoh :
كَذَبَ – huruf ذَ  dibaca dengan نَ. Guru hanya membetulkan bunya ذَ sahaja tanpa perlu menyuruh murid membaca sepenuhnya كَذَبَ.
  1. Pengukuhan beza huruf menggunakan nasyid “bezakan bunyi huruf”.
  2. Edarkan kad imbasan kepada murid mengikut tahap pencapaian.
  3. Guru perlu memastikan murid menyebut dengan makhraj yang betul  dan mencatat pencapaian murid  di dalam borang yang disediakan.



Carta Nasyid
Tiada alif baca pendek
Tiada y abaca pendek
Tiada wau baca pendek
Baca pendek 2X

أَ إِ أُ
 
Carta  Iqra

أَ إِ أُ    بَ بِ بُ
تَ تِ تُ   جَ جِ جُ

Kad Imbasan

أَ إِ أُ    بَ بِ بُ
تَ تِ تُ   جَ جِ جُ


Nasyid “banding beza”

Cubalah bezakan
Harus jelas beza
Di antara bunyi

أَ – عَ

Sila guna kad imbasan berwarna merah sebagai bahan bantu.

2
Iqra  2
  1. Pamerkan carta, latih tubi secara kelas, kumpulan dan individu menyebut bunyi dua, tiga atau empat huruf secara putus-putus (pendek).
  2. Guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas perbezaan antara panjang  dan pendek dengan kadar dua harkat (2 jari).
  3. Jika murid lupa pada sesuatu bunyi huruf, guru hendaklah menggantung bacaan pada sebutan bunyi huruf dan meneruskan bacaan mengikut tempo. Contohnya نَهَارَ murid mungkin membaca نَهَرَ seolah-olah tidak mempunyai huruf mad. Guru perlu menggantung bacaan pada huruf  هَ  supaya bacaan adalah betul.
  4. Guru memperkenalkan tanda bacaan mad
 (˜,       )
  1. Edarkan kad imbasan kepada murid mengikut tahap pencapaian.
  2. Guru perlu memastikan murid menyebut dengan makhraj yang betul  dan mencatat pencapaian murid  di dalam borang yang disediakan.


Kad imbasan

بَ تَ  - بَتَ
بَ رَ – بَرَ

Nasyid

Ada alif baca panjang
Ada ya baca panjang
Ada wau  baca panjang
Baca panjang 2X

ءَا  اِي  اُو

Kad imbasan

سَجَى

Sila guna kad imbasan berwarna hijau sebagai bahan.

3
Iqra
3-4
  1. Guru mempamerkan kad imbasan yang mempunyai huruf berbaris dua di atas, di bawah dan di hadapan dengan bacaan pendek.
  2. Guru mempamerkan kad imbasan,latih tubi
menyebut bunyi huruf dengan bacaan pendek dan alif dianggap tiada.
  1. Latih tubi menyebut bunyi huruf mad ي dan و dengan kadar 2  harkat.
  2. Latih tubi menyebut bunyi huruf mad lin dengan kadar 2  harkat.
  3. Sebut dengan jelas perbezaan bunyi berulang kali.
  4. Perdengarkan bacaan mim sakinah dan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung
  5. Perdengarkan bacaan qalqalah dengan jelas secara berdetak.
  6. Edarkan kad imbasan kepada murid mengikut tahap pencapaian.
  7. Guru perlu memastikan murid menyebut dengan makhraj yang betul  dan mencatat pencapaian murid  di dalam borang yang disediakan.

                                                  
Kad imbasan

بً  بٍ   بٌ

Kad imbasan

ءًا  بًا   تًا   ثًا

Kad imbasan

دِي   دَيْ
عِي   عَيْ

Kad imbasan

بُوْ   بَوْ
لُو  لَو

Kad imbasan

مَنْ   هَن ْ
هِنْ   هُنْ

Kad imbasan
اَمْ   لَمْ
لِمْ   لُمْ

Kad imbasan

اَبْ  اَقْ   اَطْ  اَجْ  اَدْ
gunakan kad Sila imbasan bewarna oren sebagai bahan

4
Iqra 5
  1. Guru menyebut kalimah yang mengandungi   ال dengan jelas dan betul.
  2. Pastikan alif dianggap tidak ada pada bacaan jika didahului  dengan huruf atau kalimah yang lain
  3. Memperdengarkan bacaan kalimah  ketika waqaf
  4. Guru memperdengarkan bunyi huruf dengan kadar bacaan yang betul.
  5. Guru memperdengarkan bacaan nun atau mim syaddah (شدة( hendaklah didengungkan sekadar dua harakat.
  6. Memperdengarkan bacaan kalimah alif lam syamsiah dengan betul.
  7. Setiap bacaan yang mempunyai tashdid/sabdu hendaklah ditekankan/diberatkan sedikit bacaan.
  8. Guru memperdengarkan bacaan nun sakinah atau tanwin yang bertemu dengan huruf lam (ل ) atau ro ر)  (bacaannya tidak dengung.
  9. Guru menunjukkan bacaan hendaklah dipanjangkang hingga enam harakat.
  10. Edarkan kad imbasan kepada murid mengikut tahap pencapaian.
  11. Guru perlu memastikan murid menyebut dengan makhraj yang betul  dan mencatat pencapaian murid  di dalam borang yang disediakan.
               


Kad imbasan

الْحَمْدُ  -  وَالْحَمْدُ

Kad imbasan
أَبَدًا  -  أَبَدَا۞

ءَامَيْنَ  - ءَامِيْن۞

Kad imbasan

لآ أَعْبُدُ

Kad imbasan

مِن ْ  - مّاءٍ
عَامِلَةٌ  - نَّاصِبَةٌ

Kad imbasan

وَالنَّاسُ

 Kad imbasan

رَتَّلَ   يُرَتِّلُ
كَبَّرَ  يُكَبِّرُ

 Kad imbasan

مَنْ لَمْ    مَن لَّمْ
خَيْرٌ لَكَ    خَيْرٌلَّكَ

Kad imbasan

وَلاَ الضَّآلِّينَ

Sila gunakan kad imbasan bewarna biru muda sebagai bahan.

0 comments:

Post a Comment