Tuesday, 25 October 2011

Strategi Pelaksanaan Modul Guru Turus


STRATEGI PELAKSANAAN MODUL PROGRAM GURU TURUS PELAKSANAAN j-QAF
PENDIDIKAN ISLAM ( Al-Quran ) TAHUN 2011

1.      Melaksanakan Ujian Diagnostik  (Muka surat akhir buku iqra).
2.      Mengenal pasti murid-murid yang masih di tahap iqra 1 – 3.
3.      Jumlah maksimum untuk satu kumpulan tidak melebihi 5-7 orang bagi seorang guru bagi setiap kelas yang diajar. (seperti kelas pemulihan jawi)
4.      Pengajaran dan pembelajaran secara talaqqi dan musyafahah.
5.      Penyampaian isi pengajaran hendaklah mengikut turutan bagi setiap modul.
6.      Mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang betul.
7.      Menggunakan Kit BBM KLaQ yang dibekalkan atau bahan yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing.
8.      Mencatat kebolehan murid setiap kali selesai P&P.
9.      Bersikap seperti rakan dan tidak menunjukkan imej garang dan tidak memaksa murid membaca.
10.  Letakkan diri seorang guru kepada murid dengan menggunakan inovasi sendiri, memahami situasi dan menarik minat murid.
11.  Gunakan simbol-simbol yang menyerupai bunyi huruf yang hendak diajar.
12.  Gunakan nyanyian sebagai sebahagian subjek pengajaran.
  1. Gunakan isyarat jari dan tangan untuk menunjukkan bacaan panjang di atas / di hadapan / di bawah.
  2. Memberi ganjaran dan galakkan jika perlu.
  3. Pastikan murid-murid menguasai setiap modul sebelum dipindahkan ke modul berikutnya.
  4. Setelah murid menguasai kesemua modul  bolehlah diajar membaca al-Quran.

0 comments:

Post a Comment