Thursday, 27 October 2011

Teknik - Membaca Al-Quran - Baghdadi


APAKAH TEKNIK AL-BAGHDADI?


Adakah anak anda atau anda sendiri masih belum mahir dalam pembacaan Al-Quran? Mereka yang mahir pula mempunyai rasa kurang yakin untuk mengajar Al-Quran?

Seterusnya, tahukah anda setiap satu huruf Al-Quran mempunyai satu hasanah atau boleh dikira sebagai pahala? Satu huruf yang dibaca tanpa wudhu' maka kita mendapat 1 hasanah, 10 hasanah jika berwudhu' dan 50 hasanah jika dibaca dalam solat.

Cuba kita kira huruf Basmalah yang mempunyai 19 huruf. Jika kita baca basmalah maka kita mendapat ganjaran 19 x 10 = 190 hasanah. Kita bersolat 17 rakaat sehari semalam, maka 17 x 190 =3,230 ganjaran hasanah sehari. Sekiranya kita memperturunkan atau mengajar sejumlah 30 murid  dan setiap seorang akan solat 17 rakaat sehari semalam maka 17 x 190 x 30 = 96,900 ganjaran hasanah setiap hari yang kita InsyaAllah akan perolehi. Bayangkan sebulan, setahun dan seterusnya.

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah satu teknik yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang mudah, inovatif, sistematik dalam tempoh yang singkat. dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Bahan-bahan serta teknik  Al-Baghdadi ini terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah al-Bargy yang diasaskan  oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa di seluruh negara selama 8 tahun.

0 comments:

Post a Comment