Thursday, 20 October 2011

Tugasan Semester Dua 2011


TUGASAN  KRT 3013
TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK SEKOLAH RENDAH

PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):

Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) – Forum MyGuru
Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 20% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Rubrik bagi penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:
SKALA MARKAH
KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
10 %
Penglibatan forum amat memuaskan. Kupasan yang diberikan hebat dan membanggakan.
9 – 7 %
Penglibatan forum baik. Kupasan yang diberikan memuaskan.
6 – 4 %
Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas dan hanya sekadar dua atau tiga ayat sahaja.
3 – 1 %
Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas seperti ‘setuju’, ‘ya, saya sokong’.
0 %
Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.

****************************************************************************************************
Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail
Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)

Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandungan serta kupasan esei yang ditulis.
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:
  1. Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.
  2. Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).
Panduan:
Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..
 







Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)


Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:


KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30






* Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.



TUGASAN EDU 3026
PENGAJARA N, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

PECAHAN TUGASAN
ARAHAN
MARKAH
TARIKH

PECAHAN A :
KERJA KURSUS

1.    Tugasan ini  perlu dibuat secara individu.
2.    Perkara yang mesti ada dalam kerja kursus  ini  terbahagi kepada 4 Bahagian iaitu:

Bahagian I

MIKROPENGAJARAN
·      Mikropengajaran adalah untuk:
ü  mengukuhkan pendekatan pelajar kepada sesuatu pengajaran;
ü  mengenal pasti kemahiran yang perlu diperbaiki;
ü  meningkatkan kefahaman pelajar bagi pelbagai gaya pengajaran yang berkesan;
ü  menerima maklum balas yang berkesan.

·      Pelajar akan mengajar satu pelajaran (pilihan pelajar) selama 5 -10 minit. Oleh kerana masa adalah singkat, alat bantuan visual seperti Powerpoint tidak digalakkan. Walaubagaimanapun, carta, flipchart, papan putih, handouts boleh digunakan.

·      Rakaman boleh dibuat oleh pelajar untuk membantu mereka untuk membuat refleksi.

·      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap mikropelajaran.

REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang mikropelajaran mereka:

1.     Apa tema/isu yang muncul dari maklum balas pensyarah dan rakan tentang pengajaran saya?
2.     Apakah kekuatan saya? Bagaimana saya boleh membina dari kekuatan itu?
3.     Apakah yang saya perlu menambahbaikan? 

    Bahagian II

MAKROPENGAJARAN

·      Pelajar dikehendaki untuk menyampaikan 30 minit sesi makropengajaran.  Topik pengajaran mesti mengikut mata pelajaran opsyen masing-masing, rakaman video mesti dibuat.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN                   

·      Rancangan Pengajaran Harian mesti disediakan untuk makropengajaran tersebut.

·      Dalam Rancangan Pengajaran Harian:
ü  menetapkan hasil pembelajaran (hasil) untuk sesi pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan pemahaman terlebih dahulu.
ü  menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran.
Menyatakan:
o    apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan;
o    apa isu-isu / halangan yang dapat diatasi oleh  pendekatan pembelajaran itu;
o    pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.

ü  menetapkan cara-cara menilai pembelajaran.

·      Maklumbalas mesti diberikan kepada pelajar selepas setiap makropelajaran

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN

Berikut adalah beberapa cadangan soalan yang pelajar boleh guna untuk bertanya untuk membantu mereka memikirkan tentang makropelajaran mereka:
1.     Adakah objektif pengajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?
2.     Adakah murid saya melibatkan diri secara  produktif /aktif ? Bagaimana saya tahu?
3.     Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?
4.     Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi?
5.     Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?



Bahagian III

i.        Laporan Kajian Tindakan yang dilaksanakan berdasarkan isu P&P yang dihadapi oleh guru.

a.    Mengenalpasti masalah yang akan dikaji

b.    Mengumpul eviden mengenai masalah yang akan dikaji

c.    Tinjauan awal masalah

d.    Melaksanakan tindakan

e.    Mengumpul data dan analisis data hasil tindakan yang dilaksanakan

f.     Menulis refleksi dan menyiapkam laporan kajian.

Jumlah markah









  10 markah





















10 markah

















 20 markah





10 markah







10 markah

20 markah

80 markah




















































(Minggu 1)


(Minggu ke 3)

(Minggu ke 5)
(Minggu ke 7)
(Minggu ke 9)
(Minggu ke 11)



FORUM

5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru:

1.  Apakah yang anda faham dengan maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.


2.  Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran  yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih berkesan. Huraikan.


3.  Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip pengajaran pembelajaran yang  menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri? 


4.  Berdasarkan pengalaman anda, apakah perbezaan yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan dengan  guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan profesionalisme?  Bincangkan.


5.  Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?.





4 markah





4 markah



4 markah




4 markah




4 markah





(Minggu Ke-3)







(Minggu Ke-5)




(Minggu Ke-7)





(Minggu-Ke-9)
(Minggu -11)

JUMLAH
100


TUGASAN   KPF 3012
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN : DASAR DAN FALSAFAH

KATEGORI TUGASAN
PECAHAN TUGASAN
ARAHAN
MARKAH
TARIKH

BAHAGIAN A

(PORTFOLIO)
1.    Portfolio perlu dibuat secara individu.

2.    Perkara yang mesti ada dalam portfolio ialah:
ii.           Refleksi pembelajaran bagi unit 1  hingga unit 10. (Rujuk lampiran 1 sebagai panduan)

iii.         Esei ilmiah: Pilih mana-mana satu (1) unit pelajaran yang terdapat di dalam kursus ini (Rujuk Rangka Kursus) dan tuliskan esei mengikut soalan berikut:

(a)    Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap  isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.

(b)    Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

iv.         Cetakan bagi semua jawapan dan respon anda di dalam forum.




20 markah







10 markah





10 markah



(Markah bahagian ini ada di e-forum)
04 Dis 2011




BAHAGIAN B
(E-FORUM)
Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru2:

6.    Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?

7.    Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.

8.    Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.

9.    Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.


10. Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.



4 markah




4 markah


4 markah


4 markah


4 markah



09 Oct. 2011



23 Oct. 2011

06 Nov 2011

20 Nov. 2011

04 Dis. 2011

JUMLAH
60


Perhatian: Segala perkara yang berkaitan merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.


BAHAGIAN A: FORMAT PENULISAN PORTFOLIO (INDIVIDU)

1.                  Refleksi unit pembelajaran 
i.         Baca SEMUA unit pelajaran yang terdapat di dalam modul KPF3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR
ii.        Tuliskan refleksi anda bagi setiap unit pembelajaran dari unit 1 sehingga unit 10. (Pastikan anda menulis 10 refleksi kesemuanya)
iii.      Gunakan borang Refleksi Unit Pelajaran seperti yang dilampirkan (Sila Rujuk LAMPIRAN 1). Anda boleh menambahkan ruangan jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

2.                  Esei Ilmiah:
i.         Jawab SEMUA dua soalan yang dikemukakan.
ii.        Jawapan anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
iii.      Panjang bagi kedua-dua esei tersebut ialah 15 muka surat (Minimum).
iv.      Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line
v.        Ada rujukan dari mana-mana buku rujukan & journal (minimum 6 rujukan) yang ditulis mengikut format APA yang betul.

3.                  Forum E-Learning:
i.         Jawab semua soalan perbincangan (ada 5 soalan semuanya) yang diupload di ruangan group forum di MyGuru2.
ii.        Jawapan bagi setiap soalan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.
iii.      Selain dari memberikan jawapan terhadap soalan tersebut, anda wajib memberikan respon atau berinteraksi sekurang-kurangnya 4 kali kepada mana-mana jawapan rakan kumpulan anda bagi setiap soalan perbincangan.
iv.      Ini bermakna setiap pelajar dimestikan upload 1 jawapan dan 4 respon bagi setiap soalan perbincangan.
v.        Anda perlu mencetak SEMUA jawapan dan respon/interaksi anda di dalam e-forum untuk dimasukkan ke dalam portfolio anda.

Panduan Penyerahan Tugasan Portfolio
1.                   Portfolio MESTI lengkap dengan mengandungi 3 komponen di dalamnya:
(a)     Refleksi unit pelajaran berasaskan modul bagi Unit 1 hingga Unit 10.
(b)     Esei ilmiah bagi pecahan (a) dan (b)
(c)     Jawapan dan respon/interaksi anda melalui e-forum.

2.                   Portfolio yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:
(a)     Cover atau muka hadapan (Gunakan format seperti di LAMPIRAN 2)
(b)     Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam LAMPIRAN 3)
(c)     Refleksi Unit Pembelajaran untuk Unit 1 hingga Unit 10.
(d)     Esei ilmiah (a) dan (b).
(e)     Cetakan bagi jawapan dan respon/interaksi  untuk 5 soalan perbincangan.
(f)       Lampiran (jika ada)

3.                   Setiap pelajar MESTI memuat naik (upload) portfolio masing-masing menerusi tapak penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing menerusi laman MyGuru2. Lawati laman Assingment dan uploadkan mengikut tapak dalam kumpulan masing-masing..

4.                   Tarikh akhir penghantaran ialah pada 4 Disember 2011 . Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan dengan merujuk ruangan pengumuman dari masa ke semasa. Penghantaran yang lewat tidak akan dilayan.

5.                   Sebagai backup tugasan boleh dihantar melalui pos dalam bentuk berjilid dan CD (hard copy & soft copy) kepada Tutor E-Learning.  

6.                   Sebarang masalah yang timbul sila berhubung dengan tutor E-learning anda.

BAHAGIAN B: FORMAT MELAKSANAKAN E-FORUM
1.                   Terdapat 5 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line di laman MyGuru2 bersama tutor e-learning dan sesama pelajar yang lainnya. Soalan-soalan tersebut ialah:

i.         Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?
ii.        Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda.
iii.      Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan.
iv.      Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.
v.        Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.

2.                   Pelajar diminta menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. Minimum 150 patah perkataan bagi setiap satunya. (2 markah diperuntukkan bagi setiap jawapan kepada soalan yang dikemukakan)

3.                   Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangaan). Lebih banyak perbincangan adalah lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

4.                   Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam e-forum pada aras minimum ialah 5 jawapan kepada soalan dan 20 kali  respon/interaksi secara on-line untuk mendapatkan markah penuh (20 markah).

5.                   Semua jawapan dan perbincangan yang dilaksanakan mestilah dicetak dan dimasukkan ke dalam portfolio dan disalin ke dalam CD. Hantarkan kedua-dua bahan (portfolio dan CD) kepada Tutor E-Learning masing-masing sebagai back-up.



SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS (PORTFOLIO)

Portfolio
A
Menepati format penulisan folio, isi mencukupi,  isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.
A-
Menepati format, isi mencukupi,  isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.
B+
Menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.
B
Menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).
B-
Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).
C+
Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).
C
Kesalahan format  tidak melebihi 4 perkara.  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.
D
Kesalahan format  melebihi 5 perkara.  isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.
E
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

0 comments:

Post a Comment