SINOPSIS TUGASAN




KRT 3013 : TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan
di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)


Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka.
Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini.
Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka
hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube,
FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:

KRITERIA

Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian

Senireka blog serta daya tarikan

Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya


**************************************************************************************************************


TAJUK BLOG : PROGRAM LITERASI AL-QURAN (PROGRAM PEMULIHAN AL-QURAN)

PENGENALAN :



Program ini adalah sebagai alternatif dalam membantu murid-murid
yang ketinggalan dengan menggunakan kaedah di luar bilik darjah
supaya 100% murid celik Al-Quran. Antara objektifnya adalah untuk
membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan Al-Quran melalui
P & P, membantu murid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran
Model Khatam al-Quran program j-QAF, meningkatkan penguasaan bacaan
murid-murid yang tercicir dalam bacaan al-Quran dan memastikan semua
murid program j-QAF dapat khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah.
Sasarannya adalah murid-murid yang masih lagi berada pada tahap Iqra’ 3
dan ke bawah. Guru yang terlibat dalam program ini ialah guru j-QAF
dan guru Pendidikan Islam. Kaedah pelaksanaan program ini dijalankan
dalam bentuk kem selama tiga (3) hari dua (2) malam atau boleh juga
dijalankan dijalankan dalam Kelas Pemulihan Iqra’ dalam waktu P & P
mengikut jadual waktu Tilawah Al-Quran di tempat bersesuaian seperti
konsep Kelas Pemulihan Jawi. Jumlah murid untuk satu (1) kelas ialah
4 hingga 7 orang dengan menggunakan modul dan kit yang dibekalkan.
Guru hendaklah mempastikan murid menguasai setiap modul sebelum
dipindahkan ke modul seterusnya. Setelah murid menguasai semua
modul bolehlah diajar membaca Al-Quran.

APA YANG PERLU DIKETAHUI ( KLIK LABEL (SONAFA) - LITERASI AL-QURAN )

01. VIDEO BACAAN DOA, NASYID KEBESARAN AL-QURAN, NASYID NAMA SURAH
02. KONSEP LITERASI AL-QURAN
03. PANDUAN PELAKSANAAN LITERASI AL-QURAN
04. MODUL LITERASI AL-QURAN
05. MODEL LITERASI AL-QURAN
06. STRATEGI PELAKSANAAN LITERASI AL-QURAN
07. CARTA ALIRAN
08. JADUAL PELAKSANAAN
09. JADUAL PERJALANAN AKTIVITI
10. PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN
11. CONTOH BAHAN PELAKSANAAN LITERASI AL-QURAN
12. AKTIVITI LITERASI AL-QURAN
13. INSTRUMEN LITERASI AL-QURAN
14. BORANG PENILAIAN

***Blog ini sebagai laman ilmu serta wadah saya untuk menambah dan berkongsi ilmu pengetahuan terutama berkenaan Literasi al-Quran. Semoga ia bermanfaat untuk semua.

… selamat melayari http://blogzaharah.blogspot.com …

________________________________________________________________________________

RINGKASAN SUBTAJUK

INOVASI IQRA'


1. LATARBELAKANG

Bidang Tilawah al-Quran adalah merupakan teras dalam sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam sekolah dan menengah. Bidang ini diperkenalkan dengan
tujuan apabila murid-murid tamat persekolah peringkat rendah,maka
dikehendaki menguasai kemahiran asas Tilawah al-Quran. Kaedah Iqra’
diperkenalkan di Malaysia sejak 1992.Sepanjang tempoh itu, tahap penguasaan
murid dalam menguasai bacaan al-Quran dan Iqra’ masih belum mencapai tahap
yang membanggakan. Oleh yang demikian beberapa langkah pembaruan telah dibuat
untuk memudahkan penggunaan dan kefahaman untuk menguasai bacaan Iqra’
seterusnya untuk meningkatkan dan memantapkan mutu pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran.

2. KONSEP
Pengajaran dan pembelajaran Iqra’ adalah satu usaha untuk memperkenalkan dan mempercepatkan bacaan al-Quran terutama untuk murid yang lambat menguasai kemahiran yang diajar. Inovasi Iqra’ merupakan pengisian bagi Kem Litersi
al-Quran yang dibuat khas untuk murid-murid yang masih membaca Iqra’ selepas
enam bulan pertama dalam Asuhan Tilawah Al-Quran tahun 1-6.


3. MASALAH

3.1. Murid yang lambat menguasai bacaan Iqra’.

3.2. Tidak ada kesinambungan belajar Al-Quran di rumah.

3.3 Guru baru yang kurang mahir tentang teknik menagjar Iqra’.

3.4. Perbelanjaan untuk membiayai Kem Literasi Al-Quran.

3.5. Tiada keseragaman untuk mencatat pencapaian bacaan Al-Quran.


4. MATLAMAT

Matlamat inovasi ini ialah untuk membantu murid-murid yang lambat menguasai
yang diajar supaya dapat menguasai bacaan Iqra’ dan seterusnya dapat membaca al-Quran dan khatam sebelum nereka tamat sekolah rendah.


5. OBJEKTIF

*Membantu murid-murid yang tercicir dalam bacaan al-Quran melalui pengajaran
dan pembelajaran Iqra’dengan menggunakan kaedah Iqra’.

*Membantu murid supaya dapat mengikuti sukatan pelajaran Model Khatam al-
Quran program j-QAF.

*Memastikan semua murid program j –QAF dapat khatam al-Quran sebelum
tamat sekolah rendah.


6. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

6.1. Sekolah Baru.( SK.Jati Ipoh)
6.2. Tidak mempunyai buku Iqra.’
6.3. Mengetahui kebolehan murid.
6.4. Memudahkan pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Quran.
6.5. Menarik minat murid untuk membaca Iqra’.

7. HUBUNG KAIT INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN DENGAN PIPP

7.1. Membangunkan Modal Insan
7.2. Memartabadkan Profesion Perguruan
7.3. Pendidikan berkualiti untuk semua

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

MODEL PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN IQRA’

MODEL 1

#P&P DIMULAKAN DENGAN (BIG) MENGIKUT SUKATAN (SEMUA MURID).
#SETELAH SELESAI BIG,GURU PEMULIHAN MEMBAWA MURID2 KELUAR KE TEMPAT KHAS
UNTUK KELAS PEMULIHAN.
#MURID SELEBIHNYA MENERUSKAN P&P BERSAMA SATU ATAU DUA GURU YANG TINGGAL. (BERGANTUNG KEPADA JUMLAH MURID PEMULIHAN) .

MODEL 2

#MURID-MURID KELAS PEMULIHAN BERGERAK TERUS KE TEMPAT KHAS DI AWAL WAKTU P&P.
#GURU PEMULIHAN MEMULAKAN KELAS DENGAN (BIG) MENGIKUT SUKATAN.
#SETELAH SELESAI BIG GURU PEMULIHAN MEMULAKAN P&P PEMULIHAN.

MODEL 3

#P&P DIMULAKAN DENGAN (BIG) MENGIKUT SUKATAN (SEMUA MURID).
#SETELAH SELESAI BIG, MURID2 PEMULIHAN BERGERAK DALAM KUMPULAN KESUDUT YANG
SESUAI DI TEMPAT YANG SAMA.
#GURU PEMULIHAN MELAKSANAKAN P&P PEMULIHAN DAN MURID2 YANG SELEBIHNYA MENERUSKAN P&P BERSAMA SATU ATAU DUA GURU YANG TINGGAL.(BERGANTUNG KEPADA JUMLAH MURID PEMULIHAN).

(BERGANTUNG KEPADA KESESUAIAN DAN KESELESAAN TEMPAT P&P
CTH: BILIK J-QAF, SURAU DAN BILIK-BILIK KHAS)


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
VIDEO 1 - LITERASI AL-QURAN





VIDEO 2 - LITERASI AL-QURAN




VIDEO 3 - LITERASI AL-QURAN




VIDEO 4 - LITERASI AL-QURAN